Jumaat, Oktober 08, 2010

Teringin.

Aku teringin sangat nak jadi macam muslimah ni. Dulu aku belajar di Masjid Negeri dan SRAI Seksyen 19. Kedua-duanya terletak di Shah Alam, di mana tempat kediamanku semasa kecil. Pabila besar ni, tak perlulah aku beri tahu di mana tempat ku belajar. Tunggu saja ketika diriku berada di menara gading. Berbalik kepada gambar ni, harapan aku sewaktu kecil ialah, aku teringin nak jadi seorang 'Hafizah' ( penghafaz Al-Quran ). Hehe. Tapi semua tu tinggal harapan kan. Biasalah, sudah menjadi lumrah kehidupan, aku tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Hanya harapanku, aku tetap menjadi seorang hamba yang terbaik di sisi Allah S.W.T. Dan harapanku yang terakhir, aku berharap dan teringin dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan semasa aku di Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan